Cari @ Amanz

Zoom ReinventedPihak Nokia baru sahaja memperkenalkan telefon pintar Lumia 925 mereka, yang mana masih belum hadir ke pasaran tempatan. Namun, ia tidak menghentikan mereka untuk hadir dengan produk baru yang lain, apabila kini mereka telah mula menghantar jemputan untuk sebuah acara media khas bulan hadapan.

Mengambil slogan “Zoom. Reinvented”, ramai membuat spekulasi acara berkenaan mungkin berkait-rapat dengan peranti Nokia Lumia EOS yang dinantikan ramai. Beberapa gambar peranti turut telah tertiris sebelum ini, membuatkan berkemungkinan pihak Nokia memperkenalkan peranti tersebut pada acara ini adalah tinggi.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh pihak Nokia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd