Cari @ Amanz

Apple Akan Hadir Dengan iPhone Bersaiz 4.7-inci Dan 5.7-inci?

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan lebih ramai pengguna pada hari ini yang mengemarkan peranti bersaiz besar, kini pihak Reuters melaporkan Apple akan hadir dengan telefon pintar bersaiz 4.7-inci dan juga 5.7-inci pada tahun hadapan.

Sekiranya benar, maka pihak Apple juga turut akan menyertai kategori peranti phablet yang sedia dipopularkan oleh Samsung dan beberapa pengeluar lain.

Selain laporan mengenai peranti bersaiz besar ini, Reuters juga mengatakan pihak Apple turut sama ingin memperkenalkan iPhone berharga murah, dan mungkin dilancarkan pada bulan September kelak.

Laporan mengenai Apple yang akan hadir dengan peranti berharga murah bukanlah sesuatu yang baru, dan sedia diperkatakan beberapa kali sebelum ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Apple pada bulan September kelak. Mungkinkah mereka akan hadir dengan iPhone versi “bajet”? Dan mungkinkah phablet Apple kelak menerima permintaan ramai?


Komen ()