Google Akan Mematikan Sokongan Chrome Frame Untuk IE Pada 2014

Google Akan Mematikan Sokongan Chrome Frame Untuk IE Pada 2014

Diterbitkan pada June 14, 2013 oleh .

Google sebelum ini telah memperkenalkan Chrome Frame untuk para pengguna Internet Explorer, membolehkan pengguna IE versi lama menikmati pelbagai ciri-ciri teknologi web baru pada pelayar web mereka.

Namun, kini dengan lebih ramai pengguna yang telah mula menggunakan pelayar web versi baru, disamping pihak Microsoft sendiri telah lebih aktif membangunkan dan memperkenalkan kemaskini untuk Internet Explorer, pihak Google bercadang untuk menghentikan sokongan untuknya.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Google, mereka akan menghentikan sokongan untuk Chrome Frame bermula tahun 2014 kelak, dan tiada lagi kemaskini yang akan dikeluarkan untuknya.

Seperti biasa, sebagai alternatif, pengguna masih boleh kekal menggunakan teknologi yang dibawakan oleh Chrome, dengan memuat-turun pelayar web Chrome yang disediakan oleh Google secara percuma untuk semua.


TIPS & ULASAN