Samsung Bakal Hadir Dengan Kamera Siri-NX Berasaskan Android?

Samsung Bakal Hadir Dengan Kamera Siri-NX Berasaskan Android?

Diterbitkan pada June 14, 2013 oleh .

Dengan Samsung yang sedia memperkenalkan Galaxy S4 Active dan Galaxy S4 Zoom, semestinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang akan diumumkan oleh mereka pada 20 Jun kelak. Salah satu petanda kini hadir apabila beberapa gambar baru tertiris, memperlihatkan kamera siri-NX berasaskan Android daripada Samsung.

Samsung Galaxy NX

Samsung Galaxy NX

Daripada apa yang kelihatan pada gambar, ia menggunakan jenama Galaxy NX, dimana selain membawakan sokongan rakaman gambar dan mungkin boleh kongsikan terus ke arena web seperti Galaxy Camera, ia juga turut sama menyerakan sokongan kebolehan untuk bertukar lensa dan beberapa perkara lain untuk fotografi secara profesional.

Mengikut apa yang dikongsikan, Galaxy NX ini bakal menyertakan sensor 20.3-megapixel, sokongan rakaman video 1080p, max ISO 25,600, dan dilengkapi dengan sokongan skrin sentuh bersaiz 4.3-inci.

Maklumat lanjut berkaitan dengan kamera ini dijangka akan dikongsikan oleh Samsung pada acara 20 Jun kelak.

Samsung Galaxy NX

Jadi, apa kata anda? Adakah ia akan mendapat permintaan ramai?


TIPS & ULASAN