Celcom Mula Menawarkan Xperia Tablet Z Pada Harga Bermula RM1438

Celcom Mula Menawarkan Xperia Tablet Z Pada Harga Bermula RM1438

Diterbitkan pada June 14, 2013 oleh .

Sebelum ini, kami telah kongsikan berkenaan pihak SenHeng yang telah memulakan proses pendaftaran minat untuk tablet terbaru daripada Sony, iaitu Xperia Tablet Z. Kini, nampaknya, pihak Celcom turut tidak ketinggalan dan hadir dengan pakej tawaran mereka tersendiri.

Xperia Tablet Z

Celcom, melalui pakej tawaran mereka, membolehkan para pengguna mendapatkan tablet Xperia Tablet Z ini pada harga bermula RM1438 dengan langganan data pakej First Data Basic 6.0GB selama 24 bulan.

Celcom - Xperia Tablet Z

Untuk makluman, Xperia Tablet Z berharga RM1999 untuk pasaran tempatan, dimana ia menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 8.1-megapixel pada bahagian belakang, serta dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.1-inci dengan paparan HD penuh. Tablet ini turut sama menyertakan sokongan rangkaian LTE bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN