Cari @ Amanz

Sony telah menjanjikan Xperia Tablet Z untuk pasaran Malaysia sebelum ini, dan hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan melalui laman web, dimana dua variasi akan ditawarkan untuk pasaran tempatan, iaitu versi WiFi dan juga LTE.

Xperia Tablet Z

Xperia Tablet Z merupakan tablet terkini daripada Sony, menyertakan skrin bersaiz 10.1-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, kamera belakang 8.1-megapixel, serta dilengkapi dengan binaan ikonik Sony yang kalis air dan debu.

Di Malaysia, versi WiFi dijual pada harga RM1499, manakala versi LTE pula dijual pada harga RM1999. Sebagai promosi pelancaran, pihak Sony juga turut sama menawarkan beberapa tawaran percuma bersama-sama dengannya.

Sony Xperia Tablet Z Malaysia

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada para pengedar rasmi Sony tempatan, ataupun di Sony Centre terdekat bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd