Rdio Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Para Pengguna Di Malaysia

Rdio Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Para Pengguna Di Malaysia

Diterbitkan pada June 14, 2013 oleh .

Nampaknya dari hari ke hari, lebih banyak perkhidmatan memfokuskan muzik hadir ke pasaran tempatan. Selepas Spotify dan juga Deezer dilancarkan untuk pasaran tempatan, terkini, perkhidmatan Rdio juga turut sama dilancarkan untuk para pengguna di Malaysia.

Rdio Malaysia

Dengan pelancaran perkhidmatan mereka kepada para pengguna di Malaysia, ia juga sekaligus menjadikan Rdio buat pertama kalinya ditawarkan untuk para pengguna di Asia. Selain Malaysia, sebanyak enam negara lain turut menerima perkhidmatan tersebut.

Bagi yang tidak kenali akan perkhidmatan Rdio, ia menawarkan kebolehan untuk para pengguna mendengar lagu dalam bentuk streaming, selain pada masa yang sama turut membolehkan pengguna menyimpan lagu dalam bentuk cache untuk didengar secara offline.

Rdio, selain ditawarkan dalam bentuk versi web, ia turut didatangkan dalam bentuk aplikasi desktop untuk Windows dan OS X, selain turut menawarkan ia dalam bentuk aplikasi untuk para pengguna Android, iOS, Windows Phone, dan juga BlackBerry.

Bagi para pengguna baru yang mendaftarkan diri di Rdio hari ini, mereka akan diberikan akses muzik percuma selama enam bulan.


TIPS & ULASAN