Cari @ Amanz

Xbox One sedia menerima kritikan ramai memandangkan beberapa laporan mengatakan ia hanya akan hadir ke Asia sekitar penghujung 2014 kelak. Menambahnya lagi kini adalah apabila ia dikatakan berkemungkinan tidak akan berfungsi sepenuhnya di negara-negara yang ia tidak dilancarkan secara rasmi.

Menjawab beberapa pertanyaan pengguna, Xbox One dikatakan mungkin tidak menawarkan pengalaman yang menyeluruh apabila digunakan dinegara-negara yang ia tidak disokong.

Daripada apa yang dikatakan, ia mungkin berkait dengan Xbox Live, disamping pihak Microsoft mengatakan kandungan permainan juga tertakluk seperti video dan muzik, yang mana perlu mendapat kelulusan sebelum dapat dimainkan sepenuhnya.

Xbox One dijangka akan hadir ke lebih 21 negara seawal bulan November ini. Dan dari segi negara Asia, Singapura dikatakan antara negara yang terawal akan menerimanya. Apa pun, dengan perkara yang dikongsikan oleh Microsoft ini, mungkin ia akan membuatkan pengguna berfikir beberapa kali sebelum mengimport konsol tersebut dan memainkannya di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd