TweetDeck Untuk Windows Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

TweetDeck Untuk Windows Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada June 14, 2013 oleh .

Selepas memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk baru untuk pengguna Chrome dan juga versi web, hari ini pihak Twitter turut sama memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi TweetDeck untuk Windows, sekaligus menyertakan rekabentuk baru bersama-sama dengannya.

TweetDeck Windows

Melalui TweetDeck 3.0 untuk Windows, ia membawakan antaramuka yang selari dengan versi web sebelum ini,selain turut membawakan sokongan minimize terus ke bahagian tray.

Dengan kemaskini ini juga, ia sekaligus membuatkan versi Mac sahaja yang masih belum menerimanya, dan mungkin akan diperkenalkan untuk Mac dalam masa terdekat.

Bagi pengguna TweetDeck untuk Windows, anda boleh memuat-turun ia secara percuma hari ini, dan mula menguruskan Tweet anda terus dari desktop dengan mudah.

Muat-turun TweetDeck untuk Windows


TIPS & ULASAN