Aplikasi Office 365 Hadir Untuk iPhone – Terhad Untuk Pengguna Amerika Syarikat

Aplikasi Office 365 Hadir Untuk iPhone – Terhad Untuk Pengguna Amerika Syarikat

Diterbitkan pada June 14, 2013 oleh .

Aplikasi pejabat telah dikatakan akan hadir untuk para pengguna iOS beberapa kali sebelum ini, dan kini nampaknya pihak Microsoft telah pun sedia menerbitkan aplikasi Office 365 untuk para pengguna iPhone. Daripada namanya, ia dipanggil sebagai “Office Mobile for Office 365 Subscribers”.

Office Mobile iOS

Walaubagaimanapun, apa yang agak menyedihkan adalah dimana buat masa ini, ia hanya terhad kepada pengguna di beberapa buah negara sahaja, dan masih belum boleh didapati oleh para pengguna yang menggunakan akaun iTunes di Malaysia.

Seperti pada namanya, aplikasi ini membolehkan para pelanggan perkhidmatan Office 365 untuk mengakses dokumen mereka menggunakan iPhone. Pengguna juga turut boleh membuat penyuntingan pantas, dan berkongsi dengan rakan-rakan terus melalui aplikasi ini.

Dari segi sokongan format, ia didatangkan dengan sokongan dokumen Word, Excel, dan juga PowerPoint.

Ia masih tidak diketahui lagi bilakah aplikasi ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Di iTunes : Office Mobile for Office 365 Subscribers


TIPS & ULASAN