Maxis Melancarkan Perkhidmatan Pengiklanan Berasaskan Lokasi

Maxis Melancarkan Perkhidmatan Pengiklanan Berasaskan Lokasi

Diterbitkan pada June 14, 2013 oleh .

Maxis sedia mempunyai jutaan pengguna perkhidmatan telekomunikasi mereka, dan kini pihak Maxis terus mengukuhkan tawaran digital mereka, dengan melancarkan perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi.

Maxis Iklan myDeals

Melalui saluran pengiklanan yang serba baru ini, ia menggunakan kedudukan lokasi telefon anda untuk menghantar promosi dan tawaran yang berkaitan dengan anda. Perkhidmatan pengiklanan ini dikaitkan dengan teknologi Maxis myDeals yang sedia mempunyai lebih 4 juta pelanggan sehingga hari ini.

Dalam fasa pertama ini, ia perkhidmatan pengiklanan ini ditawarkan di lebih kurang 15 desitinasi yang menjadi pusat tumpuan untuk tujuan membeli-belah, seperti di KLCC, 1Utama, Sunway Pyramid dan sebagainya.

Menggunakan perkhidmatan tersebut, syarikat dan sesuatu jenama boleh menghantar pengiklanan dalam bentuk SMS apabila mereka berdekatan dengan kedai mereka, dan seterusnya membolehkan pengguna menikmati tawaran menarik melalui Maxis myDeals.

Maxis menjangka akan memperkenalkan perkhidmatan ini di lebih 25 destinasi utama menjelang penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN