BlackBerry 10.2 SDK Hadir Dengan Sokongan Android 4.2 Jelly Bean

BlackBerry 10.2 SDK Hadir Dengan Sokongan Android 4.2 Jelly Bean

Diterbitkan pada June 14, 2013 oleh .

Bagi para pembangun BlackBerry 10, hari ini, BlackBerry telah pun mengeluarkan SDK mereka yang terkini, iaitu vers 10.2, menyertakan beberapa kemaskini, dimana salah satunya adalah penyertaan platform Android 4.2 Jelly Bean bersama-sama dengannya.

Dengan sokongan ini juga, ia akan membuatkan para pembangun untuk terus mengubah aplikasi Android sedia ada terus ke platform BlackBerry 10 dengan mudah.

Untuk makluman, BlackBerry 10 sedia ada didatangkan dengan Android 2.3 Gingerbread, dan kemaskini kepada Jelly Bean semestinya akan membawakan salah satu penambah-baikkan yang menarik ke platform tersebut.

Untuk para pengguna umum, BlackBerry 10.2 dijangka akan hadir kelak kepada pengguna BlackBery 10 sekitar penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN