Adakah Facebook Akan Hadir Dengan Alternatif Google Reader?

Adakah Facebook Akan Hadir Dengan Alternatif Google Reader?

Diterbitkan pada June 15, 2013 oleh .

Facebook ReaderGoogle bakal menamatkan perkhidmatan Google Reader pada penghujung bulan ini, dan beberapa alternatif untuknya seperti Feedly mula mendapat perhatian. Selain Feedly, kini salah satu ura-ura mengatakan pihak Facebook mungkin sedang membangunkan peganti untuknya.

Pada hari ini, Facebook sedia mempunyai lebih satu bilion pengguna yang berkongsi pelbagai URL, termasuk berkongsi artikel termasuk melalui Like ataupun Facebook Connect. Pengguna juga sedia menerima kemaskini daripada beberapa laman popular dengan mengikuti Facebook Page mereka.

Daripada laporan yang kelihatan, ia dikatakan beberapa kod baru ditemui, menandakan pihak Facebook sedang dalam proses membangunkannya.

Namun, seperti biasa, ia mungkin hanya sekadar ujian semata-mata dan mungkin pihak Facebook tidak akan memperkenalkannya kepada umum.

Apa pun, sama-sama kita nantikan adakah pihak Facebook akan hadir dengan pembaca RSS mereka tersendiri ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN