Cari @ Amanz

Songbird merupakan salah satu perkhidmatan muzik digital berasaskan sumber terbuka, dimana ditawarkan untuk para pengguna Windows, Linux dan juga Mac. Setelah menyediakan perkhidmatan mereka untuk beberapa tahun, kini pembangunnya mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan tersebut pada penghujung bulan ini.

Songbird Pada Windows

Melalui SongBird, ia hadir sebagai alternatif sumber terbuka untuk beberapa perkhidmatan popular, seperti iTunes. Ia menyokongn pengguna untuk memainkan pelbagai jenis audio melaluinya, disamping turut memainkan perkhidmatan berasaskan internet melaluinya.

Menurut pembangunnya, mereka tidak lagi dapat mengekalkan perkhidmatan mereka kerana kekurangan dana untuk meneruskan operasi mereka.

Walaubagaimanapun, bagi para peminat Songbird, mereka boleh terus menikmati perkhidmatan seumpamanya melalui salah satu alternatif sumber terbuka untuknya, dikenali sebagai Nightingale, yang mana dibangunkan berasaskan kod sumber Songbird.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd