CPU-Z Hadir Dalam Bentuk Beta Untuk Platform Android

CPU-Z Hadir Dalam Bentuk Beta Untuk Platform Android

Diterbitkan pada June 15, 2013 oleh .

Bagi para pengguna komputer, mungkin sedia mengenali akan perisian CPU-Z yang menawarkan pelbagai informasi berkaitan hardware yang digunakan. Kini, perisian yang sama hadir dalam bentuk aplikasi untuk pengguna Android, dan kini sedia dimuat-turun dari Google Play Store.

CPU-Z Beta Android

Melalui CPU-Z untuk Android, beberapa sokongan disediakan, termasuk kebolehan melihat SoC (System On Chip), informasi sistem, informasi berkenaan bateri dan juga sensor pada peranti.

Seperti versi Windows, versi Android juga amat ringkas untuk digunakan, dan dari penggunaan kami, ia memperlihatkan pelbagai informasi berkenaan dengan sesuatu peranti.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun CPU-Z untuk Android hari ini, dan mula mengenali peranti anda dengan lebih dekat lagi.

Muat-Turun CPU-Z untuk Android


TIPS & ULASAN