AMD Memperlihatkan Siri Pemprosesan APU 2013 Di Malaysia

AMD Memperlihatkan Siri Pemprosesan APU 2013 Di Malaysia

Diterbitkan pada June 15, 2013 oleh .

Setelah memperkenalkan cip pemprosesan AMD terbaru dibawah nama siri Elite-A 2013, kini mereka turut sama memperlihatkan cip pemprosesan APU mereka untuk pasaran Malaysia, termasuk turut mengatakan ia telah pun mula ditawarkan di beberapa kedai komputer di Malaysia.

AMD Richland Malaysia

Black Edition untuk pasaran MalaysiaSiri-A terbaru daripada AMD ini kini mengabungkan architecture AMD “Piledriver” dan juga AMD Radeon HD 8000 pada motherboard FM2, membolehkan pengguna menikmati bukan sahaja kuasa pemprosesan yang baik, tetapi pada masa yang sama turut membawakan paparan grafik yang cantik.

Daripada apa yang dikongsikan, AMD Siri-A Elite ini kini membawakan peningkatan prestasi grafik lebih 15% berbanding Trinity.

AMD Richland Malaysia

AMD Richland Malaysia

Selain berkongsi mengenai cip pemprosesan desktop, pihak AMD Malaysia juga turut mengatakan komputer riba berasaskan cip terbaru mereka ini akan mula ditawarkan bermula bulan hadapan di Malaysia, bermula dengan Lenovo, dan diikuti oleh Acer sekitar bulan Ogos atau September.

AMD Richland Malaysia

AMD Richland Malaysia

Dari segi tawaran harga, ia dijual bermula, bergantung kepada versi cip APU yang dipilih pengguna. Versi paling teratas, A10-6800K membawakan harga saranan RM559 di Malaysia.


TIPS & ULASAN