Aplikasi BajetKahwin Dilancarkan Untuk Para Pengguna Android

Aplikasi BajetKahwin Dilancarkan Untuk Para Pengguna Android

Diterbitkan pada June 16, 2013 oleh .

Setelah hadir dengan versi web sebelum ini, kini pembangun Bajet Kahwin turut sama melancarkan aplikasi mereka untuk Android, memudahkan para pengguna Android untuk membuat pelbagai pengiraan menggunakannya.

Bajet Kahwin Android

Untuk makluman, melalui BajetKahwin, ia membolehkan pengguna untuk membuat kiraan untuk kos perkahwinan, sama ada untuk pengantin lelaki ataupun perempuan, dimana info berkaitan hantaran mengikut negeri dan sebagainya turut diintegrasikan bersama-sama dengannya.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi BajetKahwin ini secara percuma dari Google Play Store hari ini, dan menggunakannya dalam mengira pelbagai perbelanjaan perkahwinan anda atau rakan anda.

Muat-Turun Aplikasi BajetKahwin untuk Android


TIPS & ULASAN