Google Hadir Dengan Halaman Khas Memperlihatkan Penggunaan Jumlah Storan

Google Hadir Dengan Halaman Khas Memperlihatkan Penggunaan Jumlah Storan

Diterbitkan pada June 16, 2013 oleh .

Google sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menyatukan penggunaan storan akaun Google, memberikan setiap pengguna dengan ruangan sehingga 15GB. Kini, mereka turut menambah sebuah halaman khas, memperlihatkan penggunaan ruangan storan oleh para pengguna.

Melalui 15GB yang diberikan percuma, ia mengabungkan beberapa akaun, termasuk GMail, Google Drive, dan juga Google+ Photos. Seperti biasa, pengguna yang inginkan ruangan yang lebih, boleh mendapatkan storan tambahan pada harga yang rendah daripada Google.

Google Storan Drive

Bagi mereka yang ingin menyemak penggunaan anda, boleh ke halaman Storan Drive, dan melihat sendiri berapakah jumlah penggunaan anda, dan pecahannya mengikut perkhidmatan Google.


TIPS & ULASAN