Beberapa Bangunan Tempatan Pada Nokia HERE Maps Dilengkapi Sokongan IPS

Beberapa Bangunan Tempatan Pada Nokia HERE Maps Dilengkapi Sokongan IPS

Diterbitkan pada June 17, 2013 oleh .

Sebelum ini, kami pernah berkongsi mengenai teknologi IPS yang semakin mendapat perhatian penyedia perkhidmatan pemetaan. Menariknya, kini, beberapa bangunan sekitar Lembah Klang telah pun mendapat sokongan tersebut pada Nokia HERE Maps, sekaligus membolehkan pengguna dengan mudah mengetahui kedudukan dalam sesuatu bangunan.

Nokia HERE Maps

Buat masa ini, daripada apa yang diketahui, beberapa bangunan sahaja yang tersedia dengan sokongan tersebut, dimana antaranya adalah Plaza Low Yat, CapSquare, Pavilion, dan beberapa yang lain.

Menggunakannya, pengguna boleh mengetahui kedudukan didalam bangunan, dan juga mengikut aras didalam bangunan tersebut. Walaubagaimanapun, boleh dikatakan ia masih pada peringkat awal, dan masih belum lengkap sepenuhnya.

Bagi pengguna Windows Phone, mungkin anda boleh menyemak sokongan tersebut pada HERE Maps, dan jangan lupa berkongsi dengan kami sekiranya anda menemui sebarang bangunan baru dengan sokongan tersebut.


TIPS & ULASAN