Mozilla Memperkenalkan ScienceLab – Inisiatif Menggunakan Web Terbuka Untuk Sains

Mozilla Memperkenalkan ScienceLab – Inisiatif Menggunakan Web Terbuka Untuk Sains

Diterbitkan pada June 17, 2013 oleh .

MozillaMozilla sedia mempunyai beberapa projek dan inisiatif mereka tersendiri, dan kini nampaknya mereka turut hadir dengan salah satu inisiatif baru, dipanggil sebagai ScienceLab.

Melaluinya, Mozilla mengatakan ia sebagai inisiatif untuk menggunakan web terbuka dalam membentuk masa depan dunia sains. Menggunakannya, komuniti dan juga para pengkaji boleh berkongsi idea dengan lebih terbuka dan membincangkan ia dengan meluas, sekaligus menyelesaikan sesuatu masalah dengan pantas. Sesuatu kajian juga dapat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak di seluruh dunia.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat fasa awal lagi, dimana melalui halaman Wiki khas untuknya, Mozilla akan memfokuskan terlebih dahulu dalam kadar kecelikkan digital untuk sains. Melalui ScienceLab juga, mereka akan mencari kaedah untuk menjadikan kajian menggunakan digital lebih baik lagi, sekaligus menyediakan cara untuk berkongsi, dan menghasilkan semula kajian pada web.

Bagi mereka yang berminat, semestinya boleh mengikuti lebih lanjut pada halaman wiki ScienceLab, dan semestinya perkembangan ini akan menguntungkan, bukan sahaja dunia web tetapi juga dunia sains.


TIPS & ULASAN