Gambar Peranti HTC Desire 200 Tertiris Ke Web

Gambar Peranti HTC Desire 200 Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada June 17, 2013 oleh .

HTC nampaknya akan hadir dengan beberapa pilihan telefon pintar pada harga bajet. Selepas memperkenalkan HTC Desire 600 sebelum ini, kini beberapa gambar tertiris ke arena web, memperlihatkan peranti mampu-milik mereka yang terbaru, HTC Desire 200.

HTC Desire 200

Daripada apa yang kelihatan, ia membawakan beberapa rekaan yang mengambil inspirasi daripada HTC One. Peranti ini turut sama menyertakan skrin bersaiz 3.5-inci, cip pemprosesan 1GHz, memori sebanyak 512MB RAM, bateri berkapasiti 1400mAh. Melalui video yang diperlihatkan, ia menunjukkan peranti ini menjalankan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, tetapi dikatakan berkemungkinan versi akhir kelak hadir dengan versi Jelly Bean

Peranti ini juga membawakan rekaan kerangka luar yang boleh ditanggalkan, selain turut menyertakan ruangan slot untuk mikro-SD.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan, dan adakah ia akan hadir untuk semua negara ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN