Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Microsoft telah pun membuat kejutan dengan menawarkan aplikasi Office Mobile untuk pengguna iPhone. Namun, ia hanya terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Office Mobile iOS

Daripada apa yang dikongsikan oleh Microsoft Malaysia hari ini, ia dikatakan aplikasi berkenaan akan ditawarkan untuk pengguna antarabangsa pada minggu ini.

Untuk makluman, aplikasi tersebut disediakan secara percuma untuk para pelanggan Offie 365, membolehkan pengguna untuk membaca dan menyunting dokumen berformat Word, Excel dan juga PowerPoint terus pada peranti mudah-alih mereka.

Buat masa ini, ia hanya hadir untuk iPhone sahaja, dan versi iPad masih tidak diketahui akan hadir ataupun sebaliknya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran aplikasi Office 365 untuk pasaran global pada minggu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd