Instagram Akan Memperkenalkan Sokongan Video?

Instagram Akan Memperkenalkan Sokongan Video?

Diterbitkan pada June 17, 2013 oleh .

Perkhdidmatan perkongsian video melalui peranti mudah-alih sedia mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini, apatah lagi dengan pihak Twitter yang hadir dengan Vine. Kini, hadir pula ura-ura baru mengatakan pihak Instagram akan memperkenalkan sokongan video pada perkhidmatan mereka.

Instagram

Melaluinya, ia dikatakan akan membolehkan pengguna berkongsi video sehingga 10 saat, dan masih tidak diketahui sama ada ia akan menyertakan sokongan menambah filter ataupun sebaliknya.

Seperti semua sedia maklum, pihak Facebook sedia menghantar jemputan untuk memperkenalkan sesuatu yang baru pada pada minggu ini. Mungkinkah kita akan melihat ia diumumkan bersama-sama dengannya?


TIPS & ULASAN