Skype Video Messaging Diperkenalkan Untuk Semua Platform – Kecuali Windows Phone

Skype Video Messaging Diperkenalkan Untuk Semua Platform – Kecuali Windows Phone

Diterbitkan pada June 17, 2013 oleh .

Hari ini, Microsoft melalui Skype telah pun mengumumkan pengenalan perkhidmatan permesejan video, selepas diuji untuk beberapa minggu dalam bentuk beta. Melaluinya, kini pengguna boleh menghantar video dalam bentuk mesej tanpa had, berbeza dengan ketika ia diuji dalam bentuk beta.

Skype Video Messaging

Skype Video Messaging ini membolehkan pengguna untuk merakamkan mesej mereka dalam bentuk video, dan kemudiannya menghantar kepada rakan mereka. Seterusnya, ia boleh diakses oleh rakan mereka apabila mereka log masuk ke Skype.

Sokongan ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Skype pada Windows, Windows 8, Mac, iPhone, iPad, Android dan juga BlackBerry. Buat masa ini, sokongan untuk Windows Phone masih belum diumumkan lagi, dan mungkin pihak Microsoft mempunyai kejutan tersendiri untuknya.

Muat-Turun Skype


TIPS & ULASAN