Automattic Mengambil-Alih Klien WordPress Untuk iOS – Poster

Automattic Mengambil-Alih Klien WordPress Untuk iOS – Poster

Diterbitkan pada June 18, 2013 oleh .

Automattic, syarikat disebalik platform popular WordPress hari ini kelihatan telah mengambil-alih salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun bebas, iaitu Poster untuk iOS. Dengan pengambil-alihan ini, pembangunnya akan menyertai Automattic, dan menyertai pasukan pembangun aplikasi mudah-alih WordPress.

Aplikasi Poster Untuk iOS

Poster sebelum ini menawarkan fungsi berupa klien WordPress yang didatangkan dengan rekabentuk kemas dan mudah digunakan. Dengan pengambil-alihan ini, aplikasi tersebut tidak lagi akan ditawarkan pada AppStore. Aplikasi ini juga sebelum ini membawakan sokongan penyuntingan yang lebih baik berbanding klien rasmi WordPress.

Mungkin dengan pengambil-alihan ini, kita akan dapat melihat pelbagai fungsi sedia-ada daripadanya di integrasikan pada aplikasi rasmi WordPress.


TIPS & ULASAN