Bagaimana iOS 7 Kelihatan Pada iPad?

Bagaimana iOS 7 Kelihatan Pada iPad?

Diterbitkan pada June 18, 2013 oleh .

Pada WWDC 2013 yang lepas, pihak Apple telah sedia memperlihatkan iOS 7 pada telefon pintar iPhone dan juga iPod Touch. Namun, salah satu persoalan yang timbul dan tertanya-tanya oleh ramai pengguna adalah berkenaan dengan paparan iOS 7 pada tablet iPad.

Sehingga kini, pihak Apple masih belum mengeluarkan versi pembangunan iOS 7 untuk iPad, dan mungkin ia akan hadir tidak lama lagi. Sementara menantikannya, kini beberapa antaramuka skrin iOS 7 mula kelihatan, menunjukkan bagaimanakah rekabentuk baru akan diimplementasikan pada skrin bersaiz besar.

iOS7 - iPad

iOS7 - iPad

iOS7 - iPad

iOS7 - iPad

Seperti dapat dilihat beberapa perkara seperti Control Center dan sebagainya dioptimasikan untuk paparan skrin yang luas, dan membawakan perubahan yang kecil berbanding versi iPhone.

Ia dijangka pihak Apple akan memperkenalkan iOS 7 Beta untuk iPad dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN