Cari @ Amanz

Dengan Google mengumumkan akan mematikan perkhidmatan Google Reader mereka, beberapa nama lain mula mengisi kekosongan tersebut, dimana selain Feedly yang semakin popular, pihak Digg juga tidak ingin ketinggalan, dan kini mengumumkan akan melancarkannya pada minggu hadapan.

Digg Reader

Versi pertamanya kelak akan membolehkan para pengguna untuk mengimport data-data daripada Google Reader, termasuk feed dan juga folder yang telah sedia ditetapkan pada perkhidmatan Google terus ke Digg Reader.

Selain daripada pelbagai sokongan asas, Digg Reader juga akan diperkenalkan untuk pengguna iOS, disamping mereka akan menambah pelbagai sokongan lain dalam masa dua bulan berikutnya, termasuk sebuah aplikasi Android.

Perkara ini juga sekaligus akan memberikan pilihan kepada pengguna, sebelum pihak Google mematikan Google Reader pada 1 Julai 2013 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd