Komputer Riba ASUS ROG G750 Mula Ditawarkan Di Malaysia

Komputer Riba ASUS ROG G750 Mula Ditawarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada June 18, 2013 oleh .

Asus RoG G750JXSetelah komputer riba daripada pihak Alienware ditawarkan untuk pasaran tempatan, kini pihak Asus Malaysia turut sama melancarkan komputer riba yang dioptimasikan untuk tujuan multimedia mereka, Asus Republic of Gamers (ROG) G750 untuk pasaran tempatan.

Komputer riba G750JX ini membawakan cip pemprosesan intel terbaru, iaitu Intel Core-i7 dan turut dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 700M. Ia turut menyertakan sokongan teknologi Asus SonicMaster seperti beberapa komputer riba Asus yang lain.

Dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan skrin bersaiz 17.3-inci (1920×1080), ruangan storan 2.5″ SATA 1TB, memori sebanyak 8GB DDR3, dan turut dilengkapi dengan pemain cakera DVD/Blu-ray.

Komputer riba ini ditawarkan pada harga RM5999 di Malaysia, dimana ia turut disertakan dengan RoG Gaming Mouse, dan juga Gaming Notebook Bag.


TIPS & ULASAN