Bagi para pengemar cip pemprosesan Intel, mungkin salah satu variasi yang dinantikan adalah siri-E, dan kini mengikut salah dokumen yang tertiris, ia memperlihatkan cip siri Haswell-E akan hadir pada pertengahan kedua 2014 kelak, dimana akan turut sama menyertakan cip lapan teras bersama-sama dengannya.
Daripada apa yang kelihatan, Haswell-E ini dikatakan akan didatangkan dengan pilihan enam-teras dan juga 8-teras, dimana akan disertakan bersama-sama cache 20MB L3.
Secara kasarnya, ia dikatakan akan memberikan peningkatan prestasi antara 33% hingga 50% berbanding versi sekarang ini.
Bersama-sama dengan Haswell-E, pihak Intel juga dijangka akan hadir dengan cipset motherboard Wellsburg, yang mana akan menyokong DDR4 RAM dengan kelajuan 2133MHz.