Lagi Gambar Huawei Ascend P6 Tertiris Ke Arena Web

Lagi Gambar Huawei Ascend P6 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada June 18, 2013 oleh .

Huawei Ascend P6Huawei bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Ascend P6 secara rasmi dalam masa beberapa jam lagi, dan terlebih dahulu sebelum itu, beberapa gambar baru peranti tersebut kini mula kelihatan di arena web, memperlihatkan rekabentuk dan binaannya.

Seperti semua sedia maklum, ia dijana menggunakan Android dan antaramuka khas Huawei, yang dikenali sebagai Emotion UI.

Dari segi spesifikasi, ia dikatakan peranti ini akan menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci dan paparan pada resolusi 720p, dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz K3V2+, memori sebanyak 2GB RAM dan kamera belakang 5-megapixel.

Huawei Ascend P6

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai peranti ini selepas pihak Huawei mengumumkannya secara rasmi dalam masa beberapa jam lagi.


TIPS & ULASAN