HTC Desire 200 Diperkenalkan Dengan Sokongan Beats Audio

HTC Desire 200 Diperkenalkan Dengan Sokongan Beats Audio

Diterbitkan pada June 18, 2013 oleh .

HTC Desire 200Selepas gambar peranti HTC Desire 200 tertiris ke arena web sebelum ini, hari ini, pihak HTC secara rasminya memperkenalkan telefon pintar tersebut melalui halaman web mereka, sekaligus berkongsi mengenai spesifikasi yang akan dibawakan olehnya.

HTC Desire 200 kelihatan akan menyertakan skrin bersaiz 3.5-inci dengan paparan 320×480 pixel, dijana menggunakan cip pemporsesan 1GHz Snapdragon, memori sebanyak 512MB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan juga sokongan Beats Audio melaluinya.

HTC Desire 200

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui apakah versi Android yang didatangkan bersama-sama dengan peranti tersebut, dan ramai membuat spekulasi berkemungkinan ia dijana menggunakan Android 4.0.

Harga dan tarikh jualannya juga masih tidak diketahui buat masa ini


TIPS & ULASAN