Huawei Ascend P6 Dilancarkan – Menyertakan Kamera Hadapan 5-Megapixel

Huawei Ascend P6 Dilancarkan – Menyertakan Kamera Hadapan 5-Megapixel

Diterbitkan pada June 18, 2013 oleh .

Pihak Huawei telah memperkenalkan Ascend P2 pada awal tahun ini. Sementara ia masih tidak dipasarkan secara meluas, nampaknya, kini mereka hadir dengan sebuah peranti baru, dinamakan sebagai Ascend P6, yang mana membawakan rekaan yang menarik dan amat nipis berbanding pelbagai peranti lain.

Huawei Ascend P6

Huawei Ascend P6 membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan 720p, cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan bersaiz 5-megapixel, yang mana boleh dikatakan antara sensor pada bahagian hadapan yang besar, dan sesuai untuk mereka yang sering membuat panggilan video. Ascend P6 ini turut menyertakan memori 2GB RAM dan bateri berkapasiti 2000mAh.

Huawei Ascend P6

Peranti baru ini turut dilengkapi dengan Android 4.2.2 Jelly Bean dan antaramuka khas – Emotion UI. Huawei Ascend P6 didatangkan dalam pilihan warna hitam, putih dan juga merah jambu. Tarikh pelancarannya di Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN