Carian
Huawei “Terbuka” Untuk Mengambil-Alih Nokia Sekiranya Nokia Ingin Menjual
June 19, 2013 Aman

Huawei telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang agak nipis, dinamakan sebagai Huawei Ascend P6. Dan menariknya, kini CEO Huawei, Richard Yu dipetik berkata mereka “terbuka” untuk mengambil-alih Nokia.

Daripada apa yang dikatakan, Huawei terbuka untuk mengambil-alihnya sekiranya pihak Nokia ingin menjual. Seperti semua sedia maklum, kedua-dua syarikat ini mempunyai sinergi tersendiri, yang mana mungkin akan menguntungkan kedua-dua pihak.

Namun, kemungkinan untuk Nokia menjual syarikat mereka masih adalah rendah, apatah lagi dengan kedudukan mereka dalam pasaran telefon bimbit yang masih “baik” berbanding yang lain.

Komen