Cari @ Amanz

Yahoo! - Xobni dan QwikiYahoo! agak aktif mengambil-alih beberapa startup akhir-akhir ini, dan kini ia dilaporkan pihak Yahoo! juga ingin mengambil-alih dua lagi syarikat, iaitu Xobni dan juga Qwiki.

Xobni merupakan penyedia perkhidmatan yang menawarkan kebolehan pengguna membina buku alamat mereka berasaskan kepada emel. Yahoo! dikatakan ingin membeli Xobni pada harga sekitar $30 juta ke $40 juta, dan mungkin ia akan digunakan dalam menambah-baik perkhidmatan emel mereka – Yahoo! Mail.

Perkhidmatan lain yang turut menarik minat Yahoo! adalah Qwiki, dimana ia membolehkan pengguna menghasilkan video ringkas melalui aplikasi iPhone dengan menggunakan gambar, muzik dan juga video pada peranti. Yahoo! dikatakan ingin membelinya pada harga sekitar $50 juta.

Buat masa ini, masih tiada komen rasmi daripada ketiga-tiga pihak yang terlibat ini, dan sekiranya Yahoo! mengambil-alih syarikat ini, mungkin kita akan melihat pengumumannya hadir dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd