Cari @ Amanz

Pada iOS 7 Beta yang diperkenalkan, Apple telah sedia membawakan integrasi Vimeo serta Flickr, dan mengikut laporan awal, kini beberapa kod LinkedIn ditemui, memperlihatkan kemungkinan pihak Apple menyertakan integrasi LinkedIn pada iOS7.

Ia tidak diketahui sama ada kod-kod tersebut hanya untuk ujian dalaman Apple, ataupun pihak Apple akan memperkenalkannya bersama-sama versi akhir iOS7 kelak.

Ia turut dikatakan, sebelum ini pihak Apple pernah menguji kod Facebook pada iOS4, tetapi hanya diperkenalkan pada iOS6 sahaja.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat integrasi LinkedIn pada iOS 7 versi akhir kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd