Cari @ Amanz

iOS 7 Beta telah dilancarkan pada minggu lepas, dan beberapa fungsi tersembunyi pada sistem operasi berkenaan mula diketahui satu per satu. Terkini, melalui sebuah video, ia diperlihatkan beberapa sokongan baru, termasuk antaranya adalah sokongan gesture dan juga pengurusan folder.

Daripada apa yang diperlihatkan, Apple menyertakan beberapa sokongan gesture, membolehkan pengguna menggunakan peranti mereka tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada home button seperti sebelum ini. Pada pengenalan tempoh hari, Apple sedia memperlihatkan sokongan untuk swype ke kiri untuk keluar daripada sesuatu bahagian, dan daripada apa yang diperlihatkan, beberapa sokongan swype turut sama boleh diuruskan mengikut pilihan pengguna.

Pada masa yang sama, satu lagi perkara yang diberikan perhatian adalah sokongan folder, dimana pengguna juga boleh membuat folder di dalam folder, sekaligus membolehkan pengguna iOS 7 menguruskan aplikasi dengan lebih baik.

Seperti biasa, ini mungkin hanya sekadar eksperimen awal pihak Apple, dan tidak diketahui lagi sama ada akan hadir pada versi akhirnya ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd