Google Drive Hadir Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

Google Drive Hadir Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada June 19, 2013 oleh .

Google sedia menawarkan beberapa perkhidmatan mereka dalam bahasa Malaysia, dan terkini menyertainya adalah Google Drive, membolehkan pengguna tempatan menggunakannya dalam bahasa Malaysia, selain daripada 18 pilihan bahasa lain.

Bagi yang tidak mengenali Google Drive, ia merupakan salah satu perkhidmatan storan daripada Google, membolehkan pengguna bukan sahaja menyimpan dokumen, gambar dan pelbagai jenis fail, tetapi pada masa yang sama turut menggunakannya dalam berkolaborasi bersama-sama rakan lain.

Untuk mereka yang ingin menggunakannya dalam bahasa Malaysia, mereka boleh mengubahnya pada bahagian tetapan, dan memilih pilihan bahasa Malaysia daripadanya.


TIPS & ULASAN