Microsoft telah memperkenalkan aplikasi Office Mobile untuk para pengguna iOS pada minggu lepas, dan selepas menjanjikan bakal memperluaskannya ke seluruh dunia, kini, pengguna tempatan turut sama boleh memuat-turun dan menggunakannya pada telefon pintar iOS mereka.
Untuk menggunakannya, para pengguna terlebih dahulu mempunyai akaun Office 365, dan seterusnya mereka boleh menggunakan aplikasi ini secara percuma dalam menyunting dan mengakses pelbagai jenis format dokumen Office, termasuk Word, Excel dan juga PowerPoint. Memandangkan ia menggunakan sokongan Office 365, maka ia membolehkan dokumen anda di sync antara pelbagai peranti dalam bentuk masa-nyata.
Bagi mereka yang berminat, dan sedia mempunyai akaun Office 365, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada AppStore, dan menggunakannya dalam menguruskan dokumen anda dan membuat penyuntingan terus melalui skrin mudah-alih anda.
- Muat-Turun Office Mobile pada AppStore