Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S4 (versi bukan LTE) telah pun ditawarkan di Malaysia sejak penghujung bulan April yang lepas, dan kini nampaknya, peranti yang dijual pada harga RM2199 ketika pengenalannya telah menerima potongan harga lebih kurang RM349, menjadikan harga jualannya kini sekitar RM1850.

Selain daripada Galaxy S4, beberapa peranti lain yang turut menerima potongan harga adalah termasuk Galaxy Note 2 (kini RM1680), Galaxy S3 (kini RM1380) dan juga Galaxy Grand (kini RM1040).

Pada masa yang sama, Samsung Galaxy Mega juga kelihatan telah mula ditawarkan oleh beberapa pengedar tempatan pada harga sekitar RM1550. Pengumuman rasmi daripada pihak Samsung Malaysia berkenaan jualan peranti Galaxy Mega belum diterima lagi oleh kami buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd