Carian
Surface RT Generasi Akan Datang Bakal Dijana Cip Qualcomm?
June 19, 2013 Aman

Microsoft dijangka akan memperkenalkan tablet Surface RT versi baru mereka dalam masa terdekat, dan mengikut laporan pihak Bloomberg yang terkini, ia dikatakan tablet terbaru tersebut kelak akan dijana menggunakan cip pemprosesan Qualcomm.

Daripada apa yang dilaporkan, versi Qualcomm Snapdragon tersebut kelak berkemungkinan memfokuskan kepada sokongan rangkaian LTE. Selain Qualcomm, ia dikatakan NVIDIA akan terus menyediakan cip Tegra untuk Surface RT, sekaligus memperlihatkan kemungkinan beberapa versi Surface RT akan diperkenalkan oleh pihak Microsoft tidak lama lagi.

Microsoft dijangka akan berkongsi lebih lanjut berkenaan dengan Windows RT 8.1 kelak pada bulan ini, yang mana mungkin memberikan beberapa petanda berkenaan dengan peranti Surface baru mereka kelak.

Komen