Aplikasi Rockmelt Hadir Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Jun 20, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rockmelt sebelum ini ditawarkan sebagai pelayar web sosial, sebelum beralih kepada tawaran aplikasi berbentuk aggregator untuk berita dan artikel. Selepas hanya menawarkan aplikasi untuk pengguna iOS, kini hari ini mereka turut sama hadir dengan aplikasi untuk pengguna Android.

Rockmelt Android

Menggunakannya, pengguna boleh mengikuti pelbagai jenis kandungan yang menarik minat mereka, dan menggunakannya sebagai salah satu alternatif untuk Flipboard, Pulse, Google Current dan sebagainya.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk para pengguna Android, dan boleh memuat-turunnya dari Google Play Store hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami