Adakah Nokia Mengesahkan Peranti 41-Megapixel Mereka?

Adakah Nokia Mengesahkan Peranti 41-Megapixel Mereka?

Diterbitkan pada June 20, 2013 oleh .

41 Juta SebabDengan pelbagai ura-ura berkaitan dengan Nokia yang akan hadir dengan peranti yang dipanggil “Nokia EOS”, kini pihak Nokia hadir dengan sebuah artikel bertajuk “41 juta sebab untuk zoom”, sekaligus memberikan petanda kemungkinan pihak Nokia akan hadir dengan telefon pintar yang menyertakan kamera 41-megapixel pada acara 11 Julai kelak.

Sebelum ini sendiri, kita telah melihat beberapa gambar tertiris ke arena web, memperlihatkan rekabentuk telefon pintar yang menyertakan sensor yang agak besar berbanding beberapa peranti lain pada hari ini.

Untuk makluman, sebelum ini pihak Nokia pernah hadir dengan Nokia 808 PureView yang dijana menggunakan Symbian, menyertakan kamera dengan sensor sebesar 41-megapixel. Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Nokia pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN