Facebook Hadir Dengan Sokongan Menambah Gambar Pada Bahagian Komen

Facebook Hadir Dengan Sokongan Menambah Gambar Pada Bahagian Komen

Diterbitkan pada June 20, 2013 oleh .

Facebook terus membawakan beberapa fungsi baru pada laman sosial popular mereka, dimana terkini ia kelihatan Facebook mula memperkenalkan sokongan untuk memuat-naik dan menambah gambar pada bahagian komen, sekaligus membolehkan pengguna menambah komen dalam bentuk gambar, berbanding hanya teks dan emoticon sebelum ini.

Facebook Komen - Imej

Perkara ini mungkin diperkenalkan oleh pihak Facebook, memandangkan ramai pengguna yang mula berkongsi pautan berbentuk gambar pada bahagian komen, yang kadang-kala memerlukan pengguna untuk keluar daripada laman sosial tersebut untuk melihatnya.

Buat masa ini, sokongan ini hanya diperkenalkan kepada segelintir kecil pengguna sahaja, dan mungkin akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN