Carian
Microsoft Mengubah Polisi Xbox One – Tidak Lagi Memerlukan Internet Untuk Dimainkan
June 20, 2013 Aman

Microsoft ketika memperkenalkan beberapa polisi Xbox One sebelum ini, mereka menerima kritikan ramai pengguna, apatah lagi dengan pelbagai had yang ditetapkan mereka. Dengan pelbagai kritikan, kini Microsoft mengubah beberapa polisi, dan kini turut berkongsi mengatakan Xbox One kelak boleh digunakan secara offline selepas proses pengaktifan Xbox Live.

Sebelum ini, Xbox One dikatakan perlu dihubungkan setiap 24 jam untuk tujuan gaming, sekaligus menerima kritikan ramai pengguna dan peminat seluruh dunia. Dengan perubahan hari ini, pengguna hanya perlu mengaktifkan ia sekali, dan seterusnya menggunakan secara offline, lebih kurang seperti Xbox 360.

Selain perubahan ini, pihak Microsoft juga turut mengatakan permainan boleh dijual-beli bersama-sama pengguna lain, lebih kurang seperti penggunaan Xbox 360 pada hari ini.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai Xbox One daripada pihak Microsoft dari hari ke hari, sekaligus membuatkan ia lebih mesra pengguna. Xbox One dijangka akan dijual di Amerika Syarikat pada November kelak, dan disasarkan untuk ditawarkan untuk pengguna Asia hanya sekitar penghujung tahun 2014.

Komen