Terdapat pelbagai pilihan pelayar web untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah Dolphin Browser. Terkini, pembangunnya telah mengeluarkan kemaskini versi terkini untuk pelayar web berkenaan, mencapai angka versi 10, sekaligus menyertakan beberapa perubahan bersama-sama dengannya.
Daripada kemaskini baru ini, ia membawakan rekabentuk antaramuka yang baru untuk pelayar web berkenaan, disamping salah satu sokongan yang dinantikan ramai – Web App Store, dimana membolehkan pengguna menambah aplikasi web pada skrin utama mereka. Disamping itu, ia turut menyertakan kebolehan untuk mengaktifkan Flash daripada halaman tetapan.
Bagi para pengguna Android yang ingin mencuba salah satu pelayar web alternatif, mungkin boleh memuat-turun Dolphin Browser 10 hari ini, dan cuba serta membandingkannya dengan pelayar web mudah-alih lain yang terdapat di Google Play Store.
- Muat-Turun Dolphin Browser untuk Android