Carian
Adblock Plus Hadir Untuk Para Pengguna Internet Explorer
June 20, 2013 Aman

Adblock Plus boleh dikatakan salah satu perisian tambahan yang digunakan ramai pengguna pelayar web seperti Firefox dan Chrome dalam usaha mengurangkan jumlah iklan yang dipaparkan pada sesuatu web. Terkini, ia kelihatan versi untuk Internet Explorer turut sama diperkenalkan, membolehkan pengguna IE turut menikmati fungsinya.

Adblock Plus

Dengan memasangnya, ia akan membuang kebanyakkan iklan pada web-web hari ini, dan memberikan anda pengalaman pelayaran web yang bebas daripada iklan. Namun, seperti biasa, sekiranya anda meminati sesuatu web, dan memandangkan kebanyakkan web menjana pendapatan melalui pengiklanan, maka anda boleh whitelist sesuatu web, membolehkan iklan dipaparkan padanya dan tidak dihalang.

Buat masa ini, versi Internet Explorer masih pada peringkat ujian awal, dan bagi mereka yang berminat, boleh mengujinya hari ini.

Komen