Cari @ Amanz

Setelah bergantung kepada Google Reader selama ini, kini Feedly telah pun beralih sepenuhnya ke platform ia tersendiri, dikenali sebagai Feedly Cloud. Menggunakannya, seperti biasa, pengguna boleh menggunakannya dalam membaca dan mengikuti pelbagai kemaskini RSS kegemaran mereka, dan pada masa yang sama sync dengan pelbagai peranti menggunakan akaun sama.

Feedly Cloud

Buat masa ini, pengguna Feedly akan dipindahkan secara berperingkat ke Feedly Cloud dalam hari-hari akan datang, sekaligus akan membuatkan ia berfungsi sepenuhnya secara berasingan, dan tidak lagi akan sync dengan akaun Google Reader pengguna.

Bagi pengguna Feedly, turut boleh mengaktifkan versi web dengan melayari laman Feedly Cloud, sekaligus membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini daripada web dengan mudah, tanpa perlu menggunakan sebarang aplikasi tambahan.

Dengan penutupan Google Reader pada 1 Julai kelak, bukan sahaja Feedly bergerak pantas dalam menyediakan alternatif mereka, tetapi pada masa yang sama pihak Digg juga bakal hadir dengan Digg Reader pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd