Cari @ Amanz

Lazada AndroidLazada sedia popular di Malaysia dengan tawaran mereka dalam peralatan elektronik yang boleh dibeli online dan terus dihantar ke rumah. Setelah hanya menawarkan perkhidmatan mereka melalui versi web sahaja, kini mereka turut melancarkan aplikasi Android mereka secara rasmi, membolehkan para pengguna membuat pelbagai carian produk dan pembelian menggunakannya.

Menurut Lazada, versi iOS juga akan menyusul tidak lama lagi.

Selain daripada pelancaran aplikasi mereka, pihak Lazada tuurt sama mengumumkan berkenaan dengan dana pelaburan yang diterima mereka, berjumlah $100 juta – sekaligus membolehkan mereka terus memperluaskan perkhidmatan dan jenama mereka di rantau Asia Tenggara.

Pengumuman berkenaan dana pelaburan mereka ini juga hadir selepas Zalora mengumumkan perkara sama tidak lama sebelum ini. Beberapa jenama lain juga turut menerima pelaburan baru-baru ini, sekaligus memberikan idea yang mana dunia e-dagang di rantau Asia Tenggara ini akan berkembang dengan pesat, apatah lagi dengan lebih ramai yang mengakses internet dari hari ke hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd