Carian
Intel Melancarkan Cip Pemprosesan Generasi Ke-4 Secara Rasmi Di Malaysia
June 20, 2013 Aman

Setelah memperkenalkan cip pemprosesan mereka di Computex pada awal bulan ini, hari ini pihak intel malaysia telah pun melancarkan cip pemprosesan generasi ke-4 mereka ataupun yang lebih dikenali sebagai Intel Haswell untuk pasaran Malaysia.

Intel Malaysia Haswell

Seperti semua sedia maklum, cip pemprosesan terbaru daripada Intel ini membawakan kuasa pemprosesan yang lebih baik berbanding versi sebelumnya, disamping pada masa yang sama memfokuskan kepada peranti hibrid ataupun peranti dua-dalam-satu, yang biasanya hadir dalam bentuk gabungan Ultrabook dan juga tablet.

Intel juga turut menekankan berkenaan dengan penggunaan tenaga bateri yang lebih rendah pada cip pemprosesan baru mereka ini, membolehkan komputer riba yang menggunakannya berkuasa untuk tempoh masa yang lebih lama, disamping membawakan rekaan yang nipis dan fanless.

Pihak Intel turut tidak melupakan sokongan grafik terbina yang didatangkan bersama-sama cip mereka, dimana pada beberapa versi cip generasi ke-4 yang terpilih, mereka turut menyertakan sokongan grafik Intel Iris – membawakan prestasi 3D sekali ganda berbanding versi Intel Graphics HD terbaik di pasaran pada hari ini.

DSC_0851

Cip pemprosesan Intel “Haswell” ini telah sedia ditawarkan untuk pengguna desktop, dan komputer riba yang menggunakannya juga telah mula ditawarkan oleh kebanyakkan pengeluar untuk pasaran tempatan.

Komen