Kamera Pintar Samsung Galaxy NX Diumumkan

Kamera Pintar Samsung Galaxy NX Diumumkan

Diterbitkan pada June 21, 2013 oleh .

Pada acara Samsung Premiere 2013 yang diadakan hari ini, Samsung telah memperlihatkan kamera mereka yang terbaru, dikenali sebagai Samsung Galaxy NX. Seperti pada namanya, ia dijana sepenuhnya menggunakan Android, dan membawakan antaramuka TouchWiz seperti beberapa peranti yang lain.

Galaxy-NX-1 Galaxy-NX-2

Kamera ini membawakan fungsi seakan-akan kamera DSLR dimana pengguna boleh menukar lensa dan Samsung juga dikatakan hadir dengan 13 jenis lensa untuk kamera Galaxy NX. Salah satu lensa yang terdapat adalah lensa 2D/3D yang membolehkan pengguna menangkap gambar dalam format 3D. Fungsi lain yang menarik adalah Photo Suggest yang akan mencadangkan pengguna mengenai lokasi yang menjadi pilihan ramai jurugambar. Kamera ini beroperasi menggunakan Android Jelly Bean 4.2.2 dan mempunyai sokongan capaian gelombang 4G LTE.

Kamera ini juga mempunyai kapasiti bateri setinggi 4360 mAh dan turut bersama disertakan dengan kamera ini adalah perisian Adobe Photoshop Lightroom. Tiada harga diumumkan buat masa ini dan juga tiada tarikh rasmi bilakah peranti ini akan hadir untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN